Kedudukan Persaingan Huawei

Huawei Technologies Co Ltd, merupakan pembuat peralatan telekom yang terbesar di dunia dan juga pembuat peralatan rangkaian telefon yang terbesar di dunia. Pada tahun 2008, Huawei menduduki tempat pertama dalam syer pasaran global di pasaran suis lebut mudah alih, mempunyai kedudukan yang sama dengan Sony Ericson dalam keuntungan syer pasaran dalam kad jalur lebar mudah alih, bertempat kedua dalam pasaran perkakasan optikal, berkekalan sebagai tempat pertama dalam pasaran DSLAM IP, dan bertempat ketiga dalam peralatan rangkaian mudah alih. Pada tahun 2009, Huawei bertempat kedua dalam syer pasaran global untuk peralatan akses radio. Selain itu, Huawei juga merupakan pembekal pertama yang melancarkan penyelesaian 100G hujung-ke-hujung (E2E) yang membolehkan operator untuk mempertingkat rangkaian ultra-jalur lebar, memperbaik perkhidmatannya dan mempermudah kejuruteraan rangkaian.Menurut Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) pada 27 Januari 2009, Huawei menjadi pemohon yang terbesar di bawah Perjanjian Kerjasama Paten (PCT) dengan 1,737 pemohonan yang diterbit pada tahun 2008. Secara keseluruhannya, jumlah antarabangsa yang difailkan di bawah PCT WIPO pada tahun 2008 mewakili jumlah pemohonan tertinggi yang diterima di bawah PCT dalam satu tahun dan China mempertingkat kedudukannya dengan meningkat satu tempat dan menduduki tempat keenam di antara pengguna-pengguna PCT yang terbesar di dunia dengan 6,089 pemfailan. Pada Februari 2011, Huawei memohon 49,040 paten pada peringkat global dan 17,765 telah disahkan setakat ini.

Perjualan

Huawei's global contract sales for 2006 reached US$11 billion (a 34% increase from 2005), 65% of which came from overseas markets.[83][84] By the end of 2008, global contract sales of Huawei Technologies, China's largest telecoms gear maker, jumped 46 percent to US$23.3 billion.[85] Huawei experienced sales exceeding US$30 billion in 2009,[85][86] and global sales increased by 24 percent to 185.2 billion yuan in 2010.Perjualan kontrak global Huawei pada tahun 2006 mencapai US$11 bilion (peningkatan sebanyak 34% dari 2005), yang 65% daripadanya datang dari pasaran luar negara. Setakat tahun akhir 2008, perjualan kontrak global Huawei Technologies, yang merupakan pasaran market telekom yang terbesar di China, meningkat sebanyak 46% dan berjumlah US$23.3 billion. Perjualan Huawei melebihi US$30 bilion pada tahun 2009, dan perjualan globalnya meningkat sebanyak 24% dan menjadi 185.2 bilion RMB pada tahun 2010.

Pengiktirafan

Huawei menaja Borussia Dortmund

Huawei Technologies merupakan satu daripada enam syarikat industri telekom yang termasuk dalam senarai 200 Syarikat yang Paling Disanjungi yang disusun oleh majalah Forbes pada Mei 2007. Pada Disember 2008, majalah Business Week memasukkan Huawei dalam senarai “Syarikat yang Paling Berpengaruh di Dunia”.Pda tahun 2010, Fast Company mendudukan Huawei tempat kelima di antara syarikat-syarikat yang paling berinovatif di dunia. Pada tahun yang sama, Huawei menerima tiga kepujian dalam Anugerah Inovasi Perniagaan Telekom Global, termasuk anugerah “Inovasi stesen berasakan kehijauan”, “Inovasi pemborongan rangkaian” dan “Inovasi pengundian konsumer”, dan Vodafone, Bt dan TalkTalk juga menerima anugerah yang sama masing-masing. Pada tahun 2010, Frost & Sullivan mengiktiraf Huawei sebagai Pembekal Peralatan SDM pada tahun 2010 dan juga Anugerah Kepimpinan Strategi Pertumbuhan Asia Pasifik 2010 dalam bidang pasaran aplikasi pusat perhubungan. Pada 29 Julai 2010, Huawei diiktiraf oleh Telekom British dengan Anugerah Kelas Terbaik 21 CN Kematangan Penyelesaian, Nilai, Perkhidmatan dan Innovasi. Pada 2010, The Economist mengiktiraf Huawei dengan Anugerah Penggunaan Inovasi dalam Syarikat. Pada Mei 2011, Huawei memenangi dua anugerah dalam Sidang Kemuncak LTE 2011 yang bernama “Perkembangan Signifikan dalam Pelancaran Komersil LTE oleh Seorang Pembekal” dan “Elemen Rangkaian LTE Terbaik”. Setakat Mei 2011, Huawei telah menubuhkan lebih 100 rangkaian komersil SingleRAN, yang berkebolehan bertukar menjadi sebahagian LTE, dan lebih 40 orang operator yang telah menubuhkan rangkaian SingleRAN mengumumkan pelancaran perkhidmatan LTE yang unik.Huawei selalu digambarkan sebagai “berkemungkinan menjadi syarikat China yang paling berjaya di peringkat global”.

Penajaan

Huawei menaja kelab Bundesliga Borussia Dortmund. Pada 15 September 2013, Huawei diumumkan sebagai penaja kemeja baru kelab A-League Wellington Phoenix F.C. dan juga penaja Liga de Fútbol Profesional (LFP) di Sepanyol.Pada 17 Januari 2014, Arsenal F.C memgumumkan bahawa Huawei akan menjadi “Rakan Kongsi Telefon Pintar Global” mereka.Pada Mac 2014, Huawei menjadi penaja kemeja Rayo Vallecano untuk dua pertandingan La Liga yang berlawan dengan Real Madrid dan Athletic Bilbao.Pada April 2014, Huawei menjadi “Rakan Kongsi Rasmi” Paris Saint-Germain untuk tiga sesi yang akan datang.Huawei muncul dalam permainan kriket buat kali pertama pada April 2014 dengan menkadi penaja utama Royal Challengers Bangalore, sebuah pasukan kriket domestik yang bermain dalam Liga Perdana India.Persatuan Bola Sepak Ghana memgumumkan bahawa Huawei menjadi penaja terbaru untuk pasukan tersebut sebelum Piala Dunia FIFA di Brazil. Penajaan yang bertempoh satu tahun ini bernilai US$100,000 dan produk-produk lain.